Followers

Mampukah PR merampas Bagan Pinang dari BN?

Sumber Info Alternatif

Friday, September 11, 2009

Duta Jepun berbuka puasa bersama Nik Aziz di Kota Bharu

Dari harakahdaily

KOTA BHARU, 10 Sept:
Kemeriahan Ramadhan di negeri Kelantan bukan sahaja dinikmati oleh umat Islam yang menjadikan Kelantan sebagai destinasi beribadat di sepanjang hari namun ia juga menarik minat Duta Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Masahiko Horie untuk sama-sama merasai nikmat umat Islam berbuka puasa.

Bagi meraikan beliau, kerajaan negeri telah mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di perkarangan Qaryah Ramadhan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke IV baru-baru ini.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjadi tuan rumah untuk beliau di majlis tersebut.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,Dato�Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Haji Mohd Faudzi Che Mamat, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-BRI, Haji Ahmad Mahmood, Pengarah Urusetia Kerajaan Negeri Kelantan Haji Abdul Rahman Yunus serta pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Nik Aziz ketika menyambut kedatangan duta Jepun tersebut berkata, inilah satu kelebihan menyambut Ramadhan di Kelantan di mana seluruh rakyat dan masyarakat bukan Islam turut diraikan di Qaryah Ramadhan.

"Saya amat terharu kerana Duta Jepun yang bukan beragama Islam pun sanggup bersama rakyat negeri ini disamping melihat sendiri suasana umat Islam berbuka puasa,"ujar beliau. Image

Sementara itu, Masahiko Horie telah membuat lawatan ke Pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan diberi taklimat berkaitan pembangunan Semasa dan pelaksanaan peraturan Islam yang ditelah dikuatkuasa oleh MPKB-BRI bagi semua premis perniagaan yang terdapat di bandar ini.

Menurut Yang dipertua MPKB-BRI, Haji Ahmad Mahmood beliau terharu kerana mendapat tahu nama Kota Bharu kini telah terkenal di negara matahari terbit itu dan ekoran dari itulah juga rombongan pegawai MPKB-BRI bersetuju membuat lawatan ke Jepun Oktober nanti.

Beliau berkata, lawatan pegawai MPKB-BRI akan dilakukan ekoran jemputan Datuk Bandar Kasoaka City kepada beliau sebelum ini.

Sementara itu Masahiko Horie ketika berucap di majlis yang sama berkata, lawatan beliau ke Kota Bharu kali ini merupakan kali ketiga tetapi kali pertama ke MPKB-BRI.

Beliau yang menjadi Duta ke Malaysia semenjak dua tahun lalu telah dilahirkan di Okayama Hight 63 tahun yang lalu, mengakui sukar untuk mempelajari Bahasa Melayu kerana setakat ini hanya mampu mengusainya sedikit sahaja.

Beliau juga berharap persahabatan antara MPKB-BRI dengan Bandaraya Kasoaka City akan terus berkekalan._

Wednesday, September 9, 2009

BN ROMPAK RIZAB EMAS NEGARA KEPUNYAAN RAKYAT!


Dari TVAntara

Rizab emas Malaysia yang menjadi antara pengukur utama kekuatan ringgit kini susut dengan teruk dan menimbulkan kebimbangan di kalangan pakar ekonomi mengenai kedudukan kewangan negara.

Rizab emas itu telah merundum kepada hanya 12 tan sahaja sehingga 31 Julai 2009 berbanding 72.7 tan, menurut statistik Bank Negara Malaysia dan data antarabangsa.

Penyusutan mendadak itu dikatakan memaksa Kementerin Kewangan mengarahkan Bank Negara untuk hanya mengisthiarkan simpanan emas negara dalam bentuk nilai matawang dolar Amerika ialah AS379 juta (RM1.1.35 bilion) dan tidak lagi dalam bentuk kuantiti.

Nilai emas pada pasaran antarabangsa pada 3 September ialah USD980 atau hampir RM3,500 setiap aun.

Menurut laman web Jabatan Perdagangan dan Industri Afrika Selatan, www.thedti.gov.za yang memperolehi data daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Malaysia mempunyai 72.7 tan atau 2.34 juta aun emas antara 1990 hingga Julai 1999.

Walau bagaimanapun pegangan rizab BNM turun secara mendadak setelah Menteri Kewangan Anwar Ibrahim di pecat dari Kerajaan dan Umno. Tidak lama selepas itu, kerajaan Umno-BN menjual separuh daripada simpanan emas itu, menyebabkan jumlah itu susut kepada 36.3 tan atau 1.17 juta aun pada Ogos 1999.

Perubahan drastik ini bermakna BN telah menjual rizab emas negara sebanyak 60.7 tan atau 1.95 juta aun sepanjang tempoh 19 tahun lalu bernilai lebih USD1.91 bilion atau RM6.83 bilion.

Simpanan emas itu terus menurun sehingga mencapai tahap paling rendah sejak tempoh 20 tahun iaitu 12 tan.

Sehingga ini, tidak ada usaha dibuat oleh Umno-BN untuk mengesan wang hasil penjualan emas itu atau menyiasat pihak yang terbabit.

Lebih mengelirukan lagi rakyat tidak diberikan maklumat tepat mengenai kedudukan sebenar rizab emas negara kerana Bank Negara melonggokkan nilai emas itu bersama “gold swapped” atau emas yang ditukar.

Ini bermaksud walaupun dalam rekod rasmi Malaysia mempunyai simpanan 12 tan emas, rizab itu “dipinjamkan” kepada negara ketiga dan tidak berada dalam simpanan Bank Negara.

Langkah “meminjamkan” rizab emas negara kepada negara luar membolehkan Bank Negara mendaptkan pulangan pada kadar 1 peratus setahun atas nilai emas yang dipinjam.

“Amalan ini amat merbahaya kerana apa pun boleh berlaku jadi sekiranya rezab emas negara tidak dapat dipulangkan kepada Malaysia disebabkan negara yang meminjam telah menggunakan kesemuanya dan tidak mampu untuk mengembalikannya setelah habis tempoh kontrak,’ kata seorang pakar eknomi yang tidak mahu dikenali.

“Ini mungkin berlaku sekiranya negara peminjam menghadapi kegawatan ekonomi seperti yang dihadapi oleh dunia sekarang. Akhirnya rezab emas negara hanya tinggal sebagai butiran pada kertas sahaja,” kata beliau.

Pendekatan Bank Negara menyatakan simpanan emas negara hanya dalam bentuk nilai dan bukan berat fizikal boleh memberi gambaran salah terhadap status simpanan itu.

Jadual di bawah menunjukkan perubahan harga emas dipasaran antarabangsa berbanding nilai rizab emas antara Jan 2006 dan September 2008.


USD Juta Harga Emas (USD/aun) Aun emas Tan emas Tarikh penilaian

293.10 870 344827.5862 10.71873571 30-Sep-08
293.30 780 384615.3846 11.9555129 29-Aug-08
293.30 930 322580.6452 10.02720437 30-Jun-08
294.60 500 600000 18.65060013 27-Jan-06

Nilai rizab tidak banyak berubah pada purata USD293 juta antara Jan 2006 dan September 2008 walaupun harga emas pada pasaran dunia turun naik.

Ini bererti pada purata USD293 juta nilai rizab emas pada 27 Jan 2006 BNM mampu membeli 18.5 tan emas tetapi pada nilai rizab yang sama pada 30 Sept 2008 emas yang boleh dibeli ialah 10.7 tan.

Kesimpulannya langkah BNM mencatatkan rizab emas negara hanya pada nilai matawang adalah tidak tepat tanpa menyatakan dengan jelas harga emas semasa.

Namun yang lebih parah, ialah ketirisan ekonomi negara yang disengajakan oleh Umno-BN sehingga menyebabkan rizab emas negara yang menjadi kemegahan Malaysia pada satu ketika, kini hampir luput sama sekali.

Sunday, September 6, 2009

Kerajaan negeri Pulau Pinang perkenal anugerah hafal Al Quran

PULAU PINANG, 5 Sept: Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memberi penganugerahan kepada penghafal Al Quran seluruh Pulau Pinang. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim.

Menurut Abdul Malik satu anugerah khas sebagai tanda menghargai sumbangan penghafaz Al Quran dan pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat akan diwujudkan dalam tempoh terdekat tahun ini juga.
"Pengiktirafan ini adalah sebagai tanda kerajaan negeri komited dan mengiktiraf para penghafaz Al Quran dalam memacu perkembangan syiar Islam di negeri ini.

"Tidak setakat ini sahaja penganugerahan yang kita berikan, malah anugerah kepada Hafiz Termuda akan diberikan kepada penghafaz Al Quran termuda dalam Pulau Pinang.
"Ini termasuk juga satu penganugerahan kepada guru mereka yang akan dianugerahkan dengan Anugerah Guru Al-Hafiz sebagai menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh guru-guru ini bagi melahirkan ramai hufaz di Pulau Pinang," kata Malik.

Abdul Malik juga berkata selain daripada anugerah tersebut ijtimak hufaz akan turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat dan rakyat negeri ini mengenai keperluan melahirkan seorang hafiz dalam sebuah keluarga.

"Usaha kita ini akan menjadikan Pulau Pinang yang diterajui oleh Pakatan Rakyat sebagai salah satu tindakan yang membesarkan penghafaz Al Quran. "Masyarakat dapat membuat perbezaan semasa pentadbiran kerajaan negeri yang sedia ada dengan mereka yang pernah memimpin sebelum ini terhadap pengiktirafan terhadap para hufaz di Pulau Pinang,"